Istilah "mod paparan" merujuk kepada ciri-ciri paparan komputer, khususnya bilangan warna maksimum dan peleraian imej maksimum (dalam piksel lintang dan piksel lajur). Terdapatnya banyak mod paparan yang boleh di dapati dalam sistem komputer peribadi pada hari ini.
Paparan komputer peribadi yang terawal merupakan
Monitor monokrom yang digunakan untuk pemproses kata dan sistem
komputer berdasarkan teks pada dekad 1970-an. Pada tahun 1981, IBM memperkenalkan
sistem paparan Penyesuai Grafik Warna (CGA). Sistem paparan ini berupaya
memberikan empat warna, dan mempunyai peleraian maksimum 320 piksels datar dan
200 piksel tegak. Walaupun CGA mencukupi untuk kegunaan permainan komputer yang
mudah seperti permainan solitaire dan permainan dam, ia tidak
mencukupi untuk pemprosesan kata, penerbitan atas meja ataupun
penggunaan grafik yang canggih.
Pada tahun 1984, IBM memperkenalkan sistem
paparan Penyesuai Grafik Tertingkat (EGA) yang dapat memberikan sehingga 16
warna yang berlainan dan peleraian sehingga 640 x 350. Ini memperbaiki
kelihatannya berbanding paparan yang lebih awal, dan memungkinan pembacaan teks
dengan mudah. Bagaimanapun, EGA tidak memberikan peleraian imej yang mencukupi
untuk kegunaan-kegunaan tahap tinggi seperti reka bentuk grafik dan penerbitan
atas meja. Mod ini kini sudah usang, walaupun ia kekadang masih boleh didapati
di pemprosesan lama dan komputer peribadi di rumah kediaman.
Pada tahun 1987, IBM memperkenalkan sistem
paparan Tatasusunan Grafik Video (VGA). Kini, ini telah merupakan piawai
minimum yang dapat diterima untuk komputer peribadi. Peleraian maksimum
tergantung kepada bilangan warna yang dipaparkan. Pengguna boleh memilih antara
enam belas warna pada 640 x 480, ataupun 256 warna pada 320 x 200.
Pada tahun 1990, IBM memperkenalkan sistem
paparan Tatasusunan Grafik Terluas (XGA) sebagai waris untuk paparan 8514/A.
Versi yang berikut, iaitu XGS-2, memberikan peleraian 800 x 600 piksel dalam
warna yang benar (16 juta warna) dan peleraian 1024 x 768 dalam 65,536 warna.
Kedua-dua tahap peleraian imej ini mungkin merupakan jenis yang terpopular di
kalangan individu dan perniagaan kecil pada hari ini.
Persatuan Piawai-Piawai Elektronik Video (VESA)
telah mengasaskan antara muka pengaturcaraan piawai untuk paparan Tatasusunan
Grafik Video Super (SVGA) yang digelarkan Sambungan BIOS VESA ("VESA
BIOS Extension"). Lazimnya, paparan SVGA dapat mendukung palet
sehingga 16 juta warna, tergantung kepada jumlah ingatan video yang tersedia
dalam sesuatu komputer yang akan menghadkan bilangan warna yang dapat
dipaparkan. Spesifikasi peleraian imej berbeza-beza. Pada umumnya, lebih besar
skrin Monitor SVGA, lebih banyak piksel dapat dipaparkan secara datar dan
tegak.
Baru-baru ini, spefikasi-spefikasi baru telah
muncul. Ini termasuk Tatasusunan Grafik Terluas Super (SXGA) dan Tatasusunan
Grafik Terluas Ultra (UXGA). Spesifikasi SXGA biasa digunakan untuk merujuk
kepada skrin-skrin yang mempunyai peleraian 1280 x 1024; UXGA merujuk kepada
peleraian 1600 x 1200. Pada hari ini, spesifikasi yang lama (VGA and SVGA)
sering digunakan untuk rujukan kepada keupayaan peleraian tipikal.
0 komentar:
Posting Komentar