Johannes Gensfleisch zur Laden zum Gutenberg lahir di kota Mainz sekitar 1398, Jerman, tercatat sebagai
seorang penemu mesin cetak pertama kali, putra bungsu dari pedagang
kelas atas Friele Gensfleisch zur Laden, dari istri keduanya Else Wyrich.
Menurut beberapa laporan Friele adalah seorang tukang emas untuk uskup di
Mainz, namun kemungkinan besar ia juga melakukan perdagangan kain sebagai sumber
penghasilannya. Tahun kelahiran Gutenberg tidak diketahui persis namun
kemungkinan besar sekitar 1398.
Ia menerima latihan awal sebagai
seorang tukang emas. Pada tahun 1411, terjadi pemberontakan di Mainz, sehingga
dia harus pindah ke Strasbourg dan tinggal di sana selama 20 tahun. Di
Strasbourg, beliau menyarai hidupnya dengan membuat barangan logam. Gutenberg
menghasilkan hiasan kecil bercermin untuk dijual kepada pelawat ugama Kristian.
Dia kemudiannya pulang ke Mainz dan bekerja sebagai seorang tukang emas.
Idea Gutenberg yang terpenting
tercetus ketika dia bekerja sebagai tukang emas di Mainz. Dia mendapat buah
fikiran untuk menghasilkan surat pengampunan dengan membentuk cop huruf untuk
mencetak surat pengampunan dengan banyak agar dia boleh mendapat banyak wang
untuk membayar hutang-hutangnya ketika dia bekerja sebagai tukang logam dahulu.
Pada masa itu buku dan surat ditulis dengan tulisan skrip gotik dengan tangan
dan mengandungi banyak kesalahan ketika penyalinanserta lambat.
Oleh itu, Gutenbert mula membuat acuan huruf logam dengan menggunakan
timah hitam untuk membentuk huruf skrip gotik. Pada permulaannya Gutenberg
terpaksa menghasilkan hampir 300 bentuk huruf untuk meniru bentuk tulisan
tangan yang bersambung-sambung. Setelah itu Gutenberg mereka mesin cetak yang
bergerak untuk mencetak. Mesin cetak bergerak inilah sumbangan terbesar
Gutenberg. Setelah menyempurnakan mesin cetak bergeraknya, Gutenberg mula
mencetak beribu-ribu surat pengampunan yang disalah gunakan oleh Gereja Katolik
untuk mendapatkan uang. Penyalah-gunaan ini merupakan punca timbulnya bantahan
daripada sesetengah pihak seperti Martin Luther.
Penemu Mesin Cetak Uang
Pada tahun 1452, Gutenberg mendapatkan pinjaman wang
daripada Johann Fust untuk memulakan projek pencetakan biblenya yang terkenal.
Bagaimanapun Gutenberg telah dipecat daripada menguruskan pencetakan Bibal itu
sebelum ianya disiapkan sepenuhnya disebabkan Gutenberg dituduh mencetak surat
pengampunan, kalender dan buku bacaan ringan sebagai aktiviti sampingan.
Bagaimanapun Bible yang terhasil masih dikenali sebagai Bible Gutenberg yang
mengandungi 42 baris setiap muka disiapkan pada 15 August 1456 dan dianggap
sebagai buku bercetak tertua di dunia barat. Dua ratus jilid salinan Bible
Gutenberg telah cetak, sebahagian kecilnya (lebih kurang 50) dicetak di atas
kulit lembu muda (velum). Bible Gutenberg yang cantik dan mahal itu dijual pada
harga setimpal dengan tiga tahun gaji seorang kerani biasa. Ia dijual di
Pameran Buku Franfurt pada tahun 1456. Secara kasar hampir 1/4 Bible Gutenberg
masih wujud sekarang.
Selain menjadi peneroka bidang percetakan, Gutenberg juga
mencipta bahan sampingan percetakan seperti dakwat dan cop huruf. Dakwat yang
digunakan merupakan campuran minyak, tembaga, dan timah hitam masih kekal
warnanya. Ianya adalah berlainan daripada dakwat tulisan biasa kerana dakwat
percetakan adalah lebih pekat dan likat. Gutenberg juga telah menyempurnakan
campuran logam untuk membentuk cop huruf dengan gabungan timah hitam, antimoni
dan timah yang masih kekal digunakan sehingga abad ke 20.
Gutenberg juga dipercayai mula bekerja untuk menyiapkan
Ensiklopedia Catholicon of Johannes de Janua, setebal 748 muka dengan 2 ruangan
setiap muka dan 66 baris setiap satu ruangan. Pada akhir hayatnya dia diterima
sebagai pengiring (courtier) kepada uskup besar Mainz. Pada tahun 1468
Gutenberg meninggal dan ditanam di gereja Franciscan, Mainz.
Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini semoga informasi tentang
sejarah teknologi ini bermanfaat…..!!!!!